Friday, August 12, 2011

Diari Ramadhan_hari ke 12 [berbuka puasa di dataran Syahbandar,Terengganu]

salam

 بسم الله الرحمن الرحيم

take note, kitorg buka pose ney semalam lagi, tapi dek keletihan yang melampau, dan terlampau, x mampu lah aku nk post malam semalam ye.

ok, pada tanggal 11 ogos, aku dan 4 lagi member kuar untuk ngantor member kitorang, zetty ke bus stand. n alang2 tu, kitorang buke pose sekali dulu la, di dataran Syahbandar. yang best nyer dekat sini, ade bazar, memang besar arh! too many choice until i didnt know what to choose ;) then, after meronggeng beli makanan 2,kitorang pilih port best2 nak berbuke.

ney haaa port kitorang. [atas ney sheda and zetty, sweet roomate]

dorang ney memang suke mesej pon, sampaikan snap pic pon x perasan. ok, balik kepada cita kiterr. aku sebenornye agak terkejott sebab yang buke pose kat sini, bukan je golongan muda mudi macam aku neh! even family pon ada wooohh. dorang bawak tikar and nasik dari rumah. ibarat kata macam picnic kat sini ar..

2 haaa... ramai giler kottt

sekali imbas, gambar kat atas tu macam dah dekat oversea dah. ye ar, duduk atas rumput, makan sesame. siyez, aku x penah jumpe macam ney kat Malaysia, and this is for the first time keyh. kat terengganu. 1 lagi sebab aku terkejot, kat kedah xde kot bende alah neh, bukak pose ramai2 kat bandar. kalau restoran ke hape 2 laen citer ar.. ney atas rumput!!! hehe. the uniqueness of terengganu.. [for me laa] and lagi 1, kalau korang nak tawu, dibawah langit biru kat belakang tuh, laut oooo. cantik sangat view dye :)

yang berbumbung putih 2 bazar :]

after melantak nasik yang ok-ok laaa 2, kitorang gerak sesame gi surau berdekatan. solat maghrib before antor si zetty gi bus stand. alhamdulillah, dah kenyang....

muke beriman lepas solat. muahahaha :D

then, barulah gerak g bus stand antar zetty. sedih gak ar mase tengok dye naek bas 2. bukan hape pon, HOMESICK kotttt.... uwaaaaa!!! nak balek jugak. [sabor yerr cheq asma] before tu, singgah mcd dulu, bungkus untuk sahurrrr

anis and farah [my beloved statemate]

me and sheda. [boloknye haku]

elok je zetty naek bas, kitorang terus gerak gi GIANT, jalan-jalan cari barang. fuh!!! giler kelabu mata dalam giant. mana taknya, lepas satu, satu kasut aku try, nasib orang ramai jerr. kalau x, malu dah aku dek tenungan akak yang keje kat kedai kasut tuh. heheh. serious mind blowing and affordable girls. NAK!!! tetapi.... aku x beli pon, sebabnye, dah plan nak kuar lagi ngan zetty next week.. waaa, x sabar nak kuar shopping barang2 raya. hehe. wokeyh, gambar kasut2 2 x la pulak ambek semalam, next week lah yeee. :] 

tata titi tutu ^.^






Wednesday, August 10, 2011

DIARI RAMADHAN_hari kesembilan [majlis berbuka puasa TESL 1]

salam



 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ney, aku dan kwn2 selamat berbuka puasa di AIZ CORNER. ney adalah sempena aktiviti kelas pada bulan Ramadhan tahun ney. :]

TESL 1 tersayunk!!! with our tutor, mr zaki :]

kitorang gerak gi sane nek kete  orang yang kayalah. hehe. aku naik dengan Bino. merase lah jugak naik kete dye yang besor tu. heeeee.

dalam kete si bino. 


siyez selesa kot. dahlah kitorang kat belakang tu 3 orang jer. kecik2 pulak, mang asyik arh!! pekena pulak halwa telinga k-pop, rase cam x nak turun kete je. hehe


inside the restaurant :]


sampai sane je terus chop meja. naknye tempat yang romantis gitu,lagi la bez. hehe. ok. makin dekat nak azan makin bertambah hidangan kat meja. kitorang just bayar RM13 untuk majlis berbuka ney. and bagi aku sangatlah berbaloi sebab makanan dye sedap2 kottt.

ney ayam berempah. sedap woooh.

sayur masak kailan. sedap lah kot. no komen sebab aku x makan sayur :]

kerabu sotong. nice! fresh squid dear

kerabu ayam. aku x makan tadi, so, no komenlah

nyum3. muke x sabar nak makan. muahaha


sebenarnye, ade lagi menu dye, telur dadar, tomyam, desserts, ulam timun and air yang free. nasi tambah pon free kottt. aku puas hati sangat berbuke kat sini. dah la berpatutan, sedap pulak tuh. haei, moga bertambahlah rezeki tuan punya kedai yerr. amiiiinn.. :]




Tuesday, August 9, 2011

DIARI RAMADHAN_hari kelapan [kecurian dan doa ketika ditimpa bencana]

salam.

 بسم الله الرحمن الرحيم

ok.. malam ney ade kejadian x diingini berlaku. nak dijadikan cerita, ada 1 kecurian berlaku dekat blok haku. walaweyh, jadik time orang tengah beribadat kottt!

#sape mangsa kejadian 2??

#bende ape hilang??

#hilang bile??

#kunci bilik x??

#macam mane dye masok eh???

#xde orang nampak ke??


mang x caye arh masa mula2 aku tawu 2. soklan kat atas ney la yang mule2 aku tnye kat roommate aku. then terjawablah satu demi persoalan aku 2.

#mangsanya tuuuuttt.

#fon dye n duet [fon baru kot,warranty pon x abes g n duet bape tah,aku pon x pasti]

#ney mesti korang agak kurang percaye,hilang time orang tengah tarawikh! [wahai manusia,x pegi tarawikhkah anda???]

#yang pelik 2 dye kunci bilik laa! bukan salah dye pon. [musykil2]

#dipercayai pencuri 2 masukkan tangan dye kot tingkap and besar la jugak lubang tu. kire macam mampu laa untuk dye capai mende je atas meja kawan aku 2.


#nak dijadikan cerite,masa kejadian 2,roommate kawan aku ney ade je kat sebelah bilik dorang. tapi disebabkan x dengar mende2 pon. xde la syak mende2 jadi.

hurm..sebab bulan pose kan. x sangka ada jugak manusia yang x de hati perot menyusahkan orang lain time bulan2 mulia neh. kalau ikot 2 syaitan dah diikat,tapi apesal laa ade jugak kes2 macam2 ney??? nak tawu jawapan dye klik sini


ney cheq ade ckit doa yang mampu kita amalkan ok. doa ditimpa bencana :]




Maksudnya:

Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

Sunday, August 7, 2011

Monday, August 1, 2011

DIARI RAMADHAN_hari pertama

 بسم الله الرحمن الرحيم

salam.hari ni merupakan hari pertama aku berpuasa di bulan Ramadhan. honestly, mase hari sebelum genap 1 Ramadhan tuh, aku rase macam x ready lagi mentally, but physically i'm sure i can :] insya Allah. aku banyak pikir, ape yang aku nak baiki tahun ney. alhamdulillah, hasil daripada google aku cedok lah idea2 untuk baiki diri aku tahun ney. then, cepat je tangan ney buat list ape bende yang aku perlu buat.

actually, tindakan aku buat list tu semberono jer. T-T aku xde guide langsung. tapi, aku rase macam tergerak hati untuk berubah and aku rase bulan Ramadhan ney macam bulan yang tepat je untuk aku berubah. i mean, berubah kepada yang lebih baek ckit2 la. contohnye... urm, macam banyakkan mendampingi al-Quran, cuba untuk lakukan qiam setiap pagi before subuh, kurangkan mengumpat [opppsss!! :] , study and kurangkan korea. insya Allah. ya Allah, berilah aku kekuatan, kesabaran serta keikhlasan dalam menyempurnakan semua azamku ini. Amiiin...

ok,mase malam pertama bertarawikh, aku rase aku dah mula sedar dari mimpi yang panjang. OMG, i'm already in fasting month! aku x tawu ape yang aku rase malam 2, tapi yang pastinya aku sedar yang i've to do a lot of things now. bangun pagi alhamdulillah aku selamat menunaikan qiam. rasa tenang je. lepas tuh, baca quran. azam aku lagi 1 nak habiskan 30 juzuk dalam masa sebulan neh. :] insya Allah, moga tercapai hasrat aku ney. tapi mase ney still lagi bengong2 kot. hehe. x tawu lagi ape tujuan aku buat semua ney. aku cuma tawu nak pahala and aku akui x rase sabgat 'zuqq' amalan aku 2. ya Allah, jauhilah aku daripada sifat riak dan takabbur. aku takut amalan aku jadi sia2.. pas2 kat kelas, bla bla bla...

then, kitorang ade kelas pai hari neh. ustaz ade cakap yang bulan Ramadhan ney lah masenye kite nak mintak syurga , keampunan, dan segala nikmat Allah. ney la jugak masa nak rebut peluang merasai malam lailatul qadar 2. mase 2, seriously aku rase cam semangat giler! nak syurga Allah! nak mintak ampun segala dosa aku yang banyak giler2 tuh! nak rase malam lailatul qadar! nak! nak! sape x nak bende yang baek2. tambah2 pulak daripada Allah SWT, Pencipta kita. T-T

terima kasih ustaz! anda berjaya menyedarkan diri ini. Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk merasai kemanisan Ramadhan tahun ney. panjangkanlah umurku, kedua ibu bapaku dan guru-guruku. aku xnak jadi macam yang ustaz cakap, ibaratnye macam pergi majlis makan2 yang ade macam2 makanan sedap2, tapi x makan pon, keluar macam 2 jer. sangat rugi kottt!!!! 

ok..sampai sini jer coretan diari hari ney :] moga kita sentiasa berada di bawah naungan-Nya. amiiin...

Sunday, July 31, 2011

MARI BERDOA BERSAMA SAYA :]

salam

 بسم الله الرحمن الرحيم

" Ya ALLAH, bantulah kami agar kami tidak tergolong di dalam orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya, iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan..." 

"Ya ALLAH, peliharalah iman kami..Hidupkanlah kami dalam iman, matikan kami dalam iman, dan masukkanlah kami ke dalam Syurga MU bersama-sama iman.." 

" Ya ALLAH, sesungguhnya kami tidak layak untuk syurga MU, namun kami tidak sanggup untuk dihinakan Engkau di hari Pembalasan nanti..tidak sanggup untuk menahan siksa neraka Mu yang sudah tentu tiada siapa yang tegar menanggungnya.."

" Ya ALLAH, jadikanlah kehidupan kami di dunia ini sebagai tambahan kebaikan kepada kami.. jika kehidupan itu lebih baik bagi kami dan wafatkanlah kami jika kematian itu lebih baik bagi kami” 

" Janganlah Ya ALLAH, Engkau biarkan kami tersasar jauh dari jalan Mu Ya ALLAH..

" Ya ALLAH, jika ditakdirkan kami mati, matikanlah kami di dalam keadaan keimanan yang teguh kepada Mu..di mana kami sempat bertaubat nasuha kepada MU..sesungguhnya kami takut akan Murka dan Azab Api Neraka MU.." 

" Ya ALLAH, bantulah kami agar Ikhlas dan jujur kepada Mu, kepada diri kami sndiri, kepada orang lain...dan bantulah kami aga beramal kepada Mu dengan keihklasan dan ketulusan hati yang hanya untuk Mu..hanya untuk mendapat Redha dan Rahmat Mu...

"Ya ALLAH, cabutlah dunia dari hati-hati kami, dan letaklah ia hanya di tangan kami..'

" Ya ALLAH, bantula kami untuk menjadikan kehidupan kami ini , ukuran hidup kami ini, pandangan hidup kami ini,  hanya untuk Redha Mu, hanya untuk 'Pandangan' MU...

" Ya ALLAH, sucikanlah hati-hati kami, agar kami mencintai Mu dan kehidupan akhirat melebihi dari segala yang da di dunia ini..dunia yang amat sementara ini.."

" Ya ALLAH, bantulah kami agar kami dapat menangisi dosa-dosa kami kepada Mu..pengkhianatan kami kepada Mu..kederhakaan kami kepada Mu..agar air mata kami dapat memadamkan api neraka Mu yang sudah tentu tidak mampu kami menanggungnya.."

" Redhailah kehidupan kami di dunia dan akhirat Ya ALLAH..Rahmatilah Kami Ya ALLAH..Titipkanlah ke dalam hati kami rasa cinta kepada MU..agar kami dapat berpaut dan bersandar di atas setiap ketentuan MU...

"Sesungguhnya Ya ALLAH, kami tidak layak untuk mencintai Mu dan dicintai Mu..namun hanya Engkau lah sahaja destinasi Cinta yang hakiki...destinasi kehidupan kami yang abadi dan sebenar-benarnya...dan sesungguhnya, Engkau lah  Maha Pemberi Rahmat, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pencinta.... 



Amin..Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin...


tata titi tutu~

Saturday, July 30, 2011

RAMADHAN KAREEM :]

salam
bismillah.



lagi sehari insya Allah genaplah sebulan kita berada dalam bulan Syaaban. and the most important thing is Ramadhan yang kita nanti2 akan menjelma. eeeiii...x sbarnyee. nak puase dah. rase macam baru semalam je raya. [hyperbole ckit]

ok. sahabat2.
Allah S.W.T menjadikan bulan Ramadhan bulan yang terbaik antara semua bulan. kenapa yerr??? sebabnye... mase bulan Ramadhan ni la, Allah SWT turunkan Al-Quran  and mase bulan ney jugaklah kite diwajibkan berpuasa..kan? :] that's why lah it's the best month. ok, jangan dilupe jugak malam lailatul qadar yang mane malam ney adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. ganjaran berlipat ganda bagi umat yang beribadat pada malam bertuah ini. so,same2 lah kita rebut peluang. ney ade hadisnye.

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah  I mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." 
HR. Ahmad dan an-Nasa`i.

disini adelah sedikit list ape yang patut kite buat dalam bulan Ramadhan yang mulia neh. sebenarnye, cheq nak ingatkan balek ape yang cheq dah lupe. almaklumlah, diri ney dah lalai. kurang input mengenai bulan Ramadhan,so terpakselah korek balek ilmu2 tu :]

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

ok... mesti bermacam komen korang kan.. 

#ape yang aku dapat kalau aku buat??? letih je kot!!! 
#alarh... buat ckit2 je cukup ar,mude lagi neh. tua nanti la nak beribadat banyak2 pon.

neh,cheq sertakan kelebihan2 korang beramal dalam bulan Ramadhan neh :] lepas bace neh,pikir2 la balek yer.x semestinya buat semua,janji kita improve,sikit pon jadi laa.

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan

ohhooi...bukan setakat dapat pahala. boleh kurangkan berat badan lagi tuh. x nak lagi ke?? tapi, niat 2 kene betol jugak laa.. xkan korang beramal,semata2 nak turunkan berat badan. rugi woooh. dapat dunia je. akhirat kosong!

haaa...list ape kebende nak dibuat mase bulan Ramadhan ney dah ade, motivation pon insya Allah dah ade. x banyak, sikit pon jadilah. :] skunk kite pikir pulak ape bende nak dibuat untuk meningkatkan amalan kite dalam bulan Ramadhan neh. ney antara list plan untuk meningkatkan amalan kite nanti. tapinye plan jela. moga Allah SWT memudahkan usaha dan urusan kite semua yerr.. Amiiiin..

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

ok.. kat sini cheq nak share ape yang ustaz cheq di KISAS cakap. bulan Ramadhan ibarat kilang untuk memproses diri kita. permulaan Ramadhan menjadikan kita sebagai input. kita akan melalui keseluruhan proses di bulan Ramadhan. di akhir Ramadhan merupakan output. jika diri kita berubah menjadi lebih baek selepas berakhirnya ramadhan, maka kita adalah output yang baek. oleh itu, proses2 dimana usaha2 yang kita jalani sepanjang bulan Ramadhan juga adalah baek, dan insya Allah akan mendapat ganjaran daripada-Nya. 

korang bayangkan jela, kalau nak beli produk2 pon, mesti korang pon nak yang baek2 kan?? macam 2 jugak dengan konsep kita dengan Allah SWT. hanya yang terbaik sahaja akan terpilih untuk merasai nikmat dari-Nya. same-same kita renungkan :] 

ok,sampai sini je k. same2 kita berusaha untuk menjadi yang lebih baek di bulan Ramadhan ney. perlu diingatkan, cheq juga hanyalah manusia biasa yang ingin berusaha untuk berubah menjadi lebih baik. post ini tidak ditujukan khas untuk orang lain sahaja. sebelum apa2, cheq dahulu yang perlu mengambil iktibar,sebabnye.. kalau kita nak tegor or nasihat orang, kite dulu laa kene buat kan??? himnae~



tata titi tutu~

p/s ; rujukan adalah dari sumber yang sohih

Tuesday, July 26, 2011

MARAH LAGI!

salam readers.


wah2. semangat yer cheq, hi nyer beso gedabak. hehehe. ok, back to our topic today. MARAH!



bukan ANGRY BIRD wokeyh. hehe. ney marah manusia betol2! bukan cobaan2. :)

[ok,blek kepade feeling] 
hurm. to be honest, lately cheq rase nk marah sangat2. T.T
marah kepade sape??? teeeeeeeeettttttttttt! rahsia..


haaa..ney pendapat dye. tapi cheq kalau boleh xnak cakap time marah. takot terkeluar yg x sepatotnye. and 1 more thing, jenis cheq x marah on the spot. lagi prefer diam. cool down. and just act macam bese la.


tp walaweyh, ingat sesenang ckap ke? cube bayangkan panas kat hati 2 membuak2 and korang biarkan je. kadang2 cheq rase cam nak menangis. yela sebabnye kite x luahkan. pendam sorang2. tapi bagi cheq macam 2 kot lagi better. dari korang luahkan and terjadilah mengumpat. kan x elok 2. hurm.. sekian luahan and tazkirah malam dari cheq. hehe :]

tengok2 la gambor kat bwah ney yerr :]




that's all~

mood ; still rase mrah. and rase akan takes time utk hilang selagi dipendam. chill gurl. shut ur mouth up! the most importantly,just act as u are ;] ambek kau,beso2 font hari ney.

tata titi tutu~