Friday, May 6, 2011

Contengan Jalanan

salam..
baru -baru ney cheq terbukaklah jemari seni punyer page..OMG, ade lg novel HLOVATE!!! 
CONTENGAN JALANAN

baru punyaaaa..lepas 2,oh no! dalam hati Tuhan jela tawu betape nak nye baca novel 2..isk3..tp bace jela sebab kalau nak beli mang hampeh arh..pokai sokmo orang trengganu ckp..hehehe..well,cheq kan student lagi..nak makan pon siyez kene berjimat.. ^^

okeyh,berbalik kepada citer HLOVATE yang baru ney..
citer ney actually package 2 in 1
meaning, 2 story in 1 book laa..
haa...untung kan..
dh la dye punyer style penulisan pon sgtlah terbaek!
hehehehe [well~ayat peminat setialah katakan..haha]
ok..alang2 tu cheq include kan lah sekali dye punye sinopsis k..

haa..ney laa cover nyerr..


ok yang ney cover untuk citer first ok...
hehehe
I-fend (like this!)

sinopsis:
Baca bab awal - Fend - K2
I – Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’
haa..2 serba sedikit lah yang boleh kasi pon..sebab yelakan..dah namenye pon sinopsis..hehehe


haa...yg ney pulak cover untuk citer second..
11-K2 (actually that 2 is square..hehe)

sinopsis:

II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.

okeyh..ney pulak sinopsis citer yang second..amacam?? ok x?

ok, bagi yang berminat ney laa harga novel nye:

Dua contengan dalam satu coretan ~
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan
ISBN: 978-967-5118-53-1
Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)
           RM24.00 (Sabah/Sarawak)
ok..if u're interested dont book from me, ok
im not the seller, im just the promoter x bergaji..hehehe

actually, cheq minat sangat dengan karya2 HLOVATE ney..
dari TUNAS, aA+bB, VERSUS, 5 TAHUN 5 BULAN, ROOFTOP RANT sampailah...
CONTENGAN JALANAN..hehe
gaya penulisan dye sgt menarik hati cheq n maybe agak sesuai dengan jiwa-jiwa remaja sekarang
maybe sebab 2 lah kot ramai yang suka baca karya HLOVATE ney..



haa..ney lah dye karya2 HLOVATE..
sbananyerr sume ney bukan yang cheq pon..
kredit to my bff's bro sebab dye lah tukang kumpul novelnye..hehe
baguz betol adek kawan cheq 2..cayalah!
[leh la cheq pinjam ye nanti..hehehe]

and guys..kalau belum terasa panahan HLOVATE,try la baca sekali
confirm nak lagi! hehe
siyez x tipu..
buktinya cheq laa..even dh lama x baca karya2 HLOVATE, tp still nak baca lagi, rindu + etc..hehehe
waduh2, [cik HLOVATE, dah berbakul cheq puji awak ney..jadi tukang promote novel sudaaa..x leh dpt free ke CONTENGAN JALANAN tu?? hehehe]

ok, sampai cni jela..rase panjang la plak entri kali ney kan...
[eh! yeke?? hehehe ^^]

p/s mood cheq sgt lah baik hari ney..esok nak joging laa...g pantai mengabang telipot..ade sape2 x nk joging esok? ^^
hurm?? agak...

2 comments: