Saturday, July 30, 2011

RAMADHAN KAREEM :]

salam
bismillah.



lagi sehari insya Allah genaplah sebulan kita berada dalam bulan Syaaban. and the most important thing is Ramadhan yang kita nanti2 akan menjelma. eeeiii...x sbarnyee. nak puase dah. rase macam baru semalam je raya. [hyperbole ckit]

ok. sahabat2.
Allah S.W.T menjadikan bulan Ramadhan bulan yang terbaik antara semua bulan. kenapa yerr??? sebabnye... mase bulan Ramadhan ni la, Allah SWT turunkan Al-Quran  and mase bulan ney jugaklah kite diwajibkan berpuasa..kan? :] that's why lah it's the best month. ok, jangan dilupe jugak malam lailatul qadar yang mane malam ney adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. ganjaran berlipat ganda bagi umat yang beribadat pada malam bertuah ini. so,same2 lah kita rebut peluang. ney ade hadisnye.

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah  I mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." 
HR. Ahmad dan an-Nasa`i.

disini adelah sedikit list ape yang patut kite buat dalam bulan Ramadhan yang mulia neh. sebenarnye, cheq nak ingatkan balek ape yang cheq dah lupe. almaklumlah, diri ney dah lalai. kurang input mengenai bulan Ramadhan,so terpakselah korek balek ilmu2 tu :]

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

ok... mesti bermacam komen korang kan.. 

#ape yang aku dapat kalau aku buat??? letih je kot!!! 
#alarh... buat ckit2 je cukup ar,mude lagi neh. tua nanti la nak beribadat banyak2 pon.

neh,cheq sertakan kelebihan2 korang beramal dalam bulan Ramadhan neh :] lepas bace neh,pikir2 la balek yer.x semestinya buat semua,janji kita improve,sikit pon jadi laa.

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan

ohhooi...bukan setakat dapat pahala. boleh kurangkan berat badan lagi tuh. x nak lagi ke?? tapi, niat 2 kene betol jugak laa.. xkan korang beramal,semata2 nak turunkan berat badan. rugi woooh. dapat dunia je. akhirat kosong!

haaa...list ape kebende nak dibuat mase bulan Ramadhan ney dah ade, motivation pon insya Allah dah ade. x banyak, sikit pon jadilah. :] skunk kite pikir pulak ape bende nak dibuat untuk meningkatkan amalan kite dalam bulan Ramadhan neh. ney antara list plan untuk meningkatkan amalan kite nanti. tapinye plan jela. moga Allah SWT memudahkan usaha dan urusan kite semua yerr.. Amiiiin..

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

ok.. kat sini cheq nak share ape yang ustaz cheq di KISAS cakap. bulan Ramadhan ibarat kilang untuk memproses diri kita. permulaan Ramadhan menjadikan kita sebagai input. kita akan melalui keseluruhan proses di bulan Ramadhan. di akhir Ramadhan merupakan output. jika diri kita berubah menjadi lebih baek selepas berakhirnya ramadhan, maka kita adalah output yang baek. oleh itu, proses2 dimana usaha2 yang kita jalani sepanjang bulan Ramadhan juga adalah baek, dan insya Allah akan mendapat ganjaran daripada-Nya. 

korang bayangkan jela, kalau nak beli produk2 pon, mesti korang pon nak yang baek2 kan?? macam 2 jugak dengan konsep kita dengan Allah SWT. hanya yang terbaik sahaja akan terpilih untuk merasai nikmat dari-Nya. same-same kita renungkan :] 

ok,sampai sini je k. same2 kita berusaha untuk menjadi yang lebih baek di bulan Ramadhan ney. perlu diingatkan, cheq juga hanyalah manusia biasa yang ingin berusaha untuk berubah menjadi lebih baik. post ini tidak ditujukan khas untuk orang lain sahaja. sebelum apa2, cheq dahulu yang perlu mengambil iktibar,sebabnye.. kalau kita nak tegor or nasihat orang, kite dulu laa kene buat kan??? himnae~



tata titi tutu~

p/s ; rujukan adalah dari sumber yang sohih

hurm?? agak...

0 mangsa x bersalah:

Post a Comment