Sunday, November 20, 2011

salam
 بسم الله الرحمن الرحيم

hye peeps. .

*rase macam nak post entri hari ney dalam bahase omputih. can i? hehehe.actually, aku x power pon omputih neh. tapi, nak belajar kan.

i'm in the midst of my semester break. and guess what? i'm already in my beloved home sweet home. ;p lalalalalal~ i have a lots in my mind and i just can't blow it all in one entry. dush! ok, let me make it simple.

1] my beloved sis got 5A in her upsr. alhamdulillah~ thank God. seriously, i have high expectation when it comes to her. she really deserves that. and i am again admit that she is better than me if the topic is study. lalalalala~ not saying that i'm lazy.huahuahua.but, kind of la.a last minute person ;]


this is my only sister in this world


2] ok, now i'm waiting for farah to pick me and then we're going to hullalalala.hehe

3] i'm just finish wrapping hamper for gathering this weekend. trololol.im not really good in it, but then someone asked me,and i got nothing to do, then, hantam sajalaaah.. ;p it's nice ok..heheh



and when the gediksss come,it turns like thiss ;]


that's all from me..bye bye

Wednesday, November 9, 2011

Tuesday, November 8, 2011

OH MAIII.. EXAM!!

salam
 بسم الله الرحمن الرحيم

hye peeps..



exam oh exam
dekat 2 taon honeymoon
sekarang baru nak rasa balik
apa itu
"demam exam"
ok, demamkah aku?
belom lagi kot
rilex suda
study tu study jugak
tapi x perlu la kot sampai nak pecah kepala kaann
yup! ini aku
last minute person
bangga ke macam tu?
x bangga but this is the real me
bukan x study
study je
tapi bukan dalam zon pecut lagi
hehe



guys
doakan aku yer 
x tertidur dalam exam hall
x careless
x mengelamun 
x sakit masa hari exam
and permudahkan segala urusan ku
amiiinn

Monday, November 7, 2011

HARI RAYA DI PERANTAUAN

salam
 بسم الله الرحمن الرحيم

hye semua.. tajuk je kemain nak gah. perantauan la sangat. hehe. terengganu je pon. tapi, sebab aku x balik beraya di kampung dengan family terchenta, rase la jugak macam kat perantauan. bajet overseass. ngeh3.



2-3 days before raya tu, memang sebak plus sedih, lonely macam-macam lah. sebab kat tempat orang kan.. tak de family pulak tu. tapi, member-member still ada and doranglah yang menguatkan sikit hati neyh. kalau x memang confirm arh terburai sorang-sorang di pagi raya. plus, sambil dengar takbir raya. T-T

ok, balik kepada topik raya. macam mana aku sambut raya tahun ney? kuang3. plan asal ingat nak makan maggi and study je. haha. but it was so unexpected when my classmates, beeha and wawe ajak pergi beraya sesame. at first tu, macam-macam nak x nak pegi sebabnye segan. tapi last2 join lah jugak.



kitorang konvoi 2 keta beraya dekat area besut. yang join raya ney, aku, beeha, sheda, miss amrien, miss salma, wawe, pachi and amir. bestlah dorang sume neyh. actually, kitorang sebelum ney xde la rapat mane sangat pon, tapi sebab kali ney raye sekali, maka silaturrahim tu pon terjalin. hehe. alhamdulillah, kalau x sampai bile mesti aku x tegor punya. al maklumlah, aku kan pemalu sikit. hua hua hua.

antara destinasi kitorang [i'll make it short] ;

# rumah first, rumah alyaa. best g rumah dye. mak ayah dye memag gile kentang peramah.

# rumah second, Amani Buck. yang aku x leh lupe rendang dye. muahaha. dasar kuat makan.

# then, pegi umah Damia. yang ney memang x masok dalam plan langsung. last minute baru call dye. tapi mak aaiiii... makanan giler banyak.. jap aku list, sate, tapai, ketupat, kek batik, mee goreng and air coke. kat rumah Mia ney memang kitorang dah full tank. haha

#pastu, rumah Apit. makan jugak rumah Apit ney pon. btw sebelum aku lupa, mak Apit sakit, kencing manis x silap. and doa-dokanlah supaya mak dye cepat sembuh k. aminn.. erm, ayah dye kelakar. bukan sikit, banyaaak.. hihi

# last skali, rumah adik miss salma. baek giler family dorang ney..sangat peramah..makan jugak kat sini pon k..haha. dengan nasik himpit nye, pulut bakar segala bagai.

malam tu memang kekenyangan larh! x yah makan pape daa.alhamdulillah, dapat jugak merasa raya di perantauan dengan member-member. at least, xde la sedih sorang-sorang dalam bilik. kalau x memang wuuaaaaaa.. sedih tahap gaban. ok, sampai sini saje.

selamat hari raya aidi adha semua ^-^


ape motif letak gambar penguin??
sebab comel kot
haha

Wednesday, November 2, 2011

Selamat Hari Tua BIET!! ^-^

salam
 بسم الله الرحمن الرحيم

annyheong!!

Entri kali neh memang aku speselkan untuk sahabatku Rabita the most gojes one.ahaha. 
lambat ckit post entri neh.
tapi...
nak jugak wish!


HAPPY BIRTHDAY KAKAK!!


once again!!


pastu, nak jugak layan kenangan mase kat KMKu dulu.heheh.


painting wall.haha.


yang dah siap.
serious,rase puas sgt mase tengok hasil dye even x brape nak cantik.
heheh


haha.siap ade lagi name tukang buat..
bangge seyh,bangge kan? 
*winkwink*



errrr..muke? haha


ingat lagi x? haha..mase 2 minat sgt snior sorg tu kan..hahahaha


maen mende tah time ney.
tapi yang sure mase ney tgh makan buah setoll
nyum3 ;]


agagagaga..
sayang kamoo!!
wish u all the best in everything dear.
^-^



Dirimu atau Dia? Aku pilih Dia.

salam 
 بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum, annyheongwasaeyo, hello, sawadikap..



lame aku x post entri baru kan. and as usual, niat and idea ade, tapi sebab aku disahkan hidap satu penyakit neh,x dapat la nak post selalu yer..penyakitnya memang diakui dan dicop oleh sirim.sah! MALAS. :] tapi, aku selalu je blogwalking and bace update post2 latest blogger lain. and ditakdirkan Allah aku terserempak dengan satu post yang agak menarik perhatian aku. saje nak share dengan korang.



Cerita ney cerita sebenar luahan hati seorang lelaki. Harap korang baca dengan teliti and hayati.. 
"Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.



Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.


Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. 


Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.


Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.


Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.


Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.


Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.


"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."


"Not a single phrase, nor a word."


"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o¬ne, you can never build it o¬n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o¬n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning." 


Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.


Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."



Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.


Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.


Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku. 


Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.


"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?"

Mafraq, Jordan

-drpd seorang sahabat-

Wednesday, October 19, 2011

BUAT AWAK...

salam 
 بسم الله الرحمن الرحيم


Saya sayang awak.. Tapi betul ke saya sayang awak?? And awak sayang saya ke?? Kalau sayang, nape awak pegang tangan saya?? Awak nak tengok rambut saya, nak saya pakai baju yang seksi2.. Memang la awak tak kasi boy lain tengok saya pakai seksi.. Tapi awak lupe ke, awak tak halal lagi untuk saya kan?? Awak sayang saya ke kalau saya kasi semua tu kat awak??




Saya sayang awak..Betul..Tak tipu..Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai?? Saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak.. Saya lupa solat, saya lupa dosa.. Saya lupa Tuhan..Takut la...


Betul awak..Saya sayang awak.. Tapi saya takut.. Takut sangat nak sayang awak.. Awak baik, selalu solat awal.. Tapi nape bila dengan saya awak lupa solat?? Masa kuar, kita lalu je depan masjid.. Tak pernah stop.. Tapi kat tempat takde orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan?? Saya hargai sangat.. Saya tau awak sayang saya..Tapi nape awak tak simpan duit tu dulu..Kot2 ada jodoh, boleh kita kawen.. Awak... Saya takut.. Takut sangat.. Takut bila ingat pe yang kita dah buat.. Saya nak awak jadi halal utk saya.. Tapi tak boleh la sekarang.. Macam mana awak nak tanggung saya..Kita blajar lagi..Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..Tapi betul ke cara kita awak?? Saya takut laaaa...takut keinginan ney x kesampaian and takut hubungan yang kita bina ney menambahkan lagi dosa kita..


Awak..Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat kat Dia.. Saya takut sangat dengan azab Dia.. Nauzubillah...


Awak.. Lama saya fikir.. Saya fikir pasal kita.. Betul saya sayang awak.. Tapi, sampai bila kita nak camni??Awak.. Saya dah fikir lama... Lepas ni, kalau saya xmesej awak, xnak jumpa awak, xnak call awak, awak jangan salah faham tau.. Saya buat camtu sebab saya sayang awak sangat2.. Awak.. Saya nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan pe kita buat nanti?? Saya x cakap awak jahat,tapi saya takut kita x dapat kawal keinginan kita.. Awak pon tawu kan.. Kalau berdua-duaan, yang ketiga pasti adalah syaitan..


Saya xtau camne nak bagitau awak..Saya nak jaga hati awak.. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak.. Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan suara saya.. Saya suka buat awak cair dgn saya.. Jahatnya saya.. Awak saya banyak dosa.. Awak nak ke terima org macam saya jadi wife awak?? Awak.. Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak.. Saya nak jadi the best wife.. Baru la awak xpandang orang lain dah.. Saya xnak susahkan awak dengan saya yang macam ni.. Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak.. Saya nak jadi bidadari awak yang forever..


Awak.. Saya tahu saya xbaik.... Banyak sangat kekurangan dan xlayak nak tegur salah awak.. Tapi saya sayang awak.. Apa kita buat, bukan ada org tahu pun... Sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya?? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. Tak nak ke?? Takkan la awak sayang saya untuk hepi2 kat dunia ni je.. Awak xnak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?? Awak.. Tolong la... Saya xnak dah jumpa awak.. Tapi mungkin saya lalai gak nanti.. Syaitan selalu ada dengan saya.. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak.. Awak.. Tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa. Tolong ek.. Saya lemah sangat..Saya nak jadi kuat.. Kuat untuk awak.. Untuk hidup dgn awak.



Saya sayang awak.. Camne kalau tiba2 Dia panggil kita before kita sempat bertaubat..Takutnye saya..Awak xtakut ke?? Camne kita nak pergi syurga?? Camne saya nak jadi bidadari awak?? Saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tapi dengan apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita?? Malu sangat kat Dia..Awak..Saya nak berubah..Untuk diri saya gak, untuk parents saya.. Tapi, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan?? Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak.. Untuk babies kita nanti.. Nak jadi mom yang the best..Huhu. Tinggi betul cita2 saya.. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. Nak sama2 berjaya.. Tapi educated yang taat padaNya la.. Mesti bahagia kan.. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita, so, boleh la Dia jaga kita nanti..


Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak..




Awak.. Maafkan saya kalau ape yang saya buat and bagitaw ni mengguris hati awak.. Saya buat macam ni sebab saya sayang awak.. Saya xtau camne nak bagitau awak.. Sebab tu saya taip kat sini.. Maaf sebab saya post kat sini.. Bukan nak bukak keburukan diri sendiri.. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan.. Ramai kat luar sana kapel and buat macam2.. Saya takut nak post kat awak.. Tapi, saya harap awak tergerak hati nak baca ni k.. Ingat tau.. SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY AND INFINITY.. And saya tunggu awak jemput saya sebagai yang halal untuk awak nanti k..




*p/s teringatkan awak lagi. but this is for our goodsake. LIVE YOUR LIFE WELL~

SALAM MUJAHADAH SAHABAT-SAHABATKU :)

#WW Down

salam 
 بسم الله الرحمن الرحيم


*p/s. be positive and smile always :)

Sunday, October 16, 2011

salam
 بسم الله الرحمن الرحيم


p/s; im not perfect. truly druly. hoho. nothing to say. just this :)

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

KIM HYUN JUNG WEIRD FACES ^-^

salam.

Annhyeong!! rase macam nak post pasal pakwe second aku pulak.heheh.dye hensem, kacak, ganteng, pandai masak, romantik, and bla bla bla. dyalah....

*drum roll* BEAUTIFUL KIM HYUN  JUNG!!! nape beautiful heh? dye bukan pompuan k and one more thing aku bukan less nak minat pompuan sampai gelar pompuan tu pakwe aku.beautiful ney kire macam nickname dye laa..sebab muka dye flawless giler gaban.ok, i admit that if and only if he's a girl, he must be prettier than me.kua kua kua.haa,setong aku puji KIM HYUN JUNG ney ambek kau.kalau nak list lagi pon boleh je,tapi rase macam cukup2 dah tu; kali ney aku just nak share pictures dye yang comell2 je..

zazasssssss!!! *layaanannn*















BYE BYE~

*p/s. oppa kim hyun jung, if you read my blog then. kangsahamnida! i'm one of your fans by the way. heheh. berangan jelah. dalam mimpi je mamat ney bace blog haku.tah bahasa yang aku gune ney pon dye belom tentu paham.kua kua kua.ok,adios!!

tata titi tutu. ;D









Sunday, October 9, 2011

MAGIC OF MAKE UP + surgery

salam
 بسم الله الرحمن الرحيم

well..saje nak share satu pic yang agak unbelievable la.but it's true guys! x caye tengok..zassss!



muahahaha..mesti korang terkejut.tengokla betape powernye make up sampai boleh ubah lelaki jadi pompuan,kedut jadi tegang,gelap jadi cerah..aku x berape nak pandai sangat mekap2 neh.kalau setakat tenyeh lip ice and tonyoh bedak johnson baby 2 bole laaa..tapi aku rase ney bukan sebab mekap je.maybe effect surgery same kot.aku rase laaaa..heheh.sebab tu nampak lain bebenor tuh. :D btw, just want to share.adios!!

*moral of the story; jangan mudah percaya k awek2 kat luar 2.boleh jadi the inside is cons of the physical appearances.haha.jangan sampai terbuat bini sudaaa

tata titi tutu

Saturday, October 8, 2011

WEDDING OF THE YEAR

salam
 بسم الله الرحمن الرحيم

hye3 guys!! tajuk ambek haaa.. WEDDING OF THE YEAR lagi.kuakuakua.saje nak bagi gempak sikit. actually WEDDING MY BELOVED AUNT. :D bertarikh 1 oktober 2011.alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan dengan sekali lafaz Nur Suraya bt. Ahmad telah menjadi isteri kepada Muhammad Mustaqim b. Adimat. eh, tah betol tah ke idak name pak ndak aku neh.sory pak ndak kalau salah.hee.ok, actually aku hampir2 x leh balik mase wedding mak ndak aku neh.sebabnya clash dengan projek gerko.huhuhuhuhu.nangis amek kau.nak jugaakkkk balik.last2,dapat jugak balik.x sempat tido kat rumah pon.balik just untuk kenduri je.sampai kampung mase subuh2 rembang.then,malam 2 terus nek bas balik ke terengganu.tapi,macam mana sekalipon,aku puas ati sebab ade mase kenduri 2 even terlepas jugak laaa scene akad nikah 2.sob3 T-T ok, kat bawah neh ade pic2 sume :)


bersama dengan family kedua belah pihak.so suwittttt.heheh.tambah2 budak comel berbaju biru sebelah mak ndak aku tuh, alisya namenye..haei,macam nk cubit2 je pipi dye.actually dah banyak kali aku latam pipi dye.haha..comell sangat sape suruh.buat ayat kejam.hiii


merpati dua sejoli, terbang mencri reda Illahi..amiiin..moga pasangan ini kekal hingga ke anak cucu :)


haaa..dari kiri,pak ndak,tok, tok wan and mak ndak.tok wan aku x berape sihat 2.baru je lepas operate kaki dye.


mase tengah makan.nyum3.*muke nak melahap something


besan bersama besan.omo omo omo :3


sweet couple and their besties


with the other side of family.comell2 blake.

this one,pic dekat bilik,before dorang bukak lampu..


jajang!!! this one after bukak lampu..cantik sangat lah hai..suke plak aku nengok..x berkedip mate.macam jakun pulak rase.@-@


ok.sampai sini aje..sayang kamoo m.ndak.she's my aunt, my besties, my mom kinda and ape lagi eh..tapi yang paling penting aku sayang dia.hehe.that's why lah aku sanggup balik x sampai 24 hours.ok jumpa lagi deh.

tata titi tutu ;




Saturday, September 17, 2011

meronggeng di IC KT

salam
 بسم الله الرحمن الرحيم

lama x post entri baru n keinginan aku agak membuak-buak untuk post entri ney. nothing special but just wanna share this moment ;] time ney aku gathered balek dengan bezfren masa kat sekolah dulu Cik Ibti ;] we had a blast moment together ; wish u enjoy d pixca


kitorang pegi IC KT. alarh..ala-ala ict kat kl tuh.kind of laa.NICE! tapi pokok-pokok kat sini agak tinggi.hoho


haha.ney ade orang panggil dye melbourne bridge.entah betol entah x.hantam sajalah.cantik bridge ney.bawah bridge tuh ade sungai.eh? sungai ke? sebabnye tempat ney kawasan tambak, nak kate laut macam pelik sebab x kan lah bridge kemetot ney atas laut kan.so,assume jelah ney sungai ;


haa..ney la group meronggeng aku hari tu; dari kiri cik ibti kiut miut, me [boloknye haku], cik farah poyo n the last one cikhoney kelakor


omg.time nampak bende alah ney, rase macam nak melompat je dalam kete.nak naik!!!! x sangka la pulak ade funfair time kitorang pegi.hehe.

but then, lepas naek menjerit-jerit nak turun plak.haiyya.baru ku sedar kartun sungguh diriku;muahaha


ade motocross weyh.tapi aku x naek pon.sebabnye macam kurang berpatutan.ney yang kids punye rm10.



cantikk sangat.rase macam xnak balek je.hehe.tapi xkanlaaa nak tido situ plak kannn;

ok,credit again to my beloved companies.ibti,farah n alang.heee.
n also credit once more to ibti for the d nice pixca.
saranghaeyo gurls!!